Monday, April 25, 2011

Tanda-tanda Kek akan Bantat! hehe

1) guna butter / telur sejuk
*kena guna room temperature

2) bukak oven sebelum masa
*kek selalunya sekurang-kurangnya 40 minit baru masak. Kadang-kadang memang nampak macam dah masak tapi sebenarnya.. kek masak dari tepi ke tengah. Sebab itulah kita tak pernah nampak kek bantat kat tepi, mesti tengah2.

3) tak scrape tepi langsung (dah bantat dah kek nina 2 loaf huhuhuuuu)
*kalau tak kaut tepung kat tepi mixer tu.. yang berketul-ketul tu la yang buat kek bantat.
Kena kaut tepi-tepi separuh jalan, lepas tu baru sambung pukul lagi

4) oven tak panaskan dulu
*oven kena tunggu betul2 panas baru boleh bakar kek..
*kalau bain-marie atau steam bake (bakar dengan air ada dalam loyang lain..) air tu pun kena masak dulu.. dah panas, bukan masuk air paip tau!

5) suhu oven tak cukup
*selalunya bakar kek 180c.. kadang-kadang bila bakar cheese cake kena kurangkan temperature, lepas tu lupa nak adjust balik.. alamatnya.. [fill in the blanks] hehehe

Good Luck!
Bakar kek ni macam bawak kereta.. lama2 okay la tu ;D

Wednesday, April 20, 2011

NinazTips | Mengapa Kek Bantat?

Hmm.. masa nina buat kek mula-mula dulu pun memang selalu bantat. Pernah sekali tu 6 biji kek sekilo bantat! Apa nak buat. Kalau siapa buat kek, tak pernah bantat, sama ada dia memang bertuah atau pun .. dia pakai ready mix hehe.

Sepanjang bakar kek ni, nina peratikan.. sebab-sebab bantat adalah:-

1) rajin bukak oven walaupun kek belum masak

kek ni, nampak dari luar memang la naik giler.. excited punya pasal, pi gatai tangan bukak oven. Bila bukak, kek tu sebenarnya belum masak, jadi angin sejuk yang berat tu cepat-cepat meluru masuk oven dan penyekkan kek tu.. terusla bantat.

NinazTips : JANGAN BUKAK OVEN DALAM MASA 40 MINIT YANG PERTAMA

2) Masa pukul tu, adunan, tak kaut kat tepi mixer.. jadi berketul-ketul

tak tahulah kenapa.. tapi kek yang ada ketul-ketul tepung tu memang la bantat.

NinazTips : Bila dah masuk tepung, dah sebati sikit, 'switch off' mixer, kautkan tepi-tepi 'mixing bowl' dan pastikan tiada ketulan.

3) Kek tak cukup masak, dah keluarkan.

Kek ni sebenarnya masak dari luar ke tengah.. Kadang-kadang bila cucuk lidi di bahagian tepi kek, nampak memang macam dah masak. Tapi bila cucuk di tengah tengok tak masak lagi.

NinazTips :
#1 Tengok dulu dari luar.. texture kek bahagian tengah dan tepi sama tak? selalunya bila tengah belum masak, nampak macam ada lingkungan bulat di tengah-tengah kek..

#2 Kalau nak cucuk lidi, pakai oven mitten, bukak sikit je, dan cucuk bahagian tengah.. Kalau masih basah, masak lagi sekurang-kurangnya 5-10 minit.

#3 Kalau dah bantat tengah tu, tak payahlah nak masuk balik oven hehe.. takdenya naik balik kek tu.. tempek je la foundation banyak2 hehe.. kalau jual tu.. tolak jela harga skit.. tapi mesti tanya.. dia nak yang baru ke tidak. ;D

4) Kek tu terlupa masukkan gula

Pernah jugak kelam kabut, bakar kek terlupa nak bubuh gula. Jadi, kek tak naik, merekah kat tengah-tengah.. Tercekik nak telan sebab tak gebu tersangkut kat tekak

NinazTips :
#1 Jangan buang, potong nipis, makan dengan jam atau ganache, tangkup dua.. memang sedap!
#2 Potong nipis-nipis, bakar balik.. sampai rangup.. jangan tunggu rangup dalam tau! Nanti hangit.. bila keluar tu.. dia lembut lagi.. bila dah sejuk barulah rangup. Nina selalu bakar kalau tray penuh dalam 20 min.. atau sampai wangiiii satu rumah!! yumss!!! Ala-ala biscotti gitewww! cek sukaaaa!

Good Luck! Nanti nina tulis lagi ya!!! muah muah muah!

Tuesday, April 12, 2011

And the Baking Classes Begin!!!

Assalamualaikum semua!!

Bincang-bincang sesama sendiri, kami bersetuju akhirnya untuk memanjangkan sayap untuk mengadakan baking class. Insyaallah.. kami sedang meneliti modul-modul yang akan kami kembangkan menjadi kelas-kelas baking khas buat bakal-bakal usahawan kuih raya dan kek.

Yang paling best kelas ni ialah, nina akan tunjukkan dengan menggunakan kek nina sendiri taw.. tak aci kalau demo pakai kek student.. nanti korang bawak balik kek cantik tapi hasil tangan cikgu hehehe bila balik terkial-kial la pulak nak hias kek sendiri.

Antara kelas-kelas yang akan kami adakan adalah:

1) Basic Cake Decorating from Scratch RM220.00 (100% Hands-on)
(4-5 jam) pelajar akan deco sampai habis walaupun orang lain dah balik hehehee

Peserta
Beginners ONLY! Bagi yang tak pernah pegang spatula atau nozzle. Kelas ini khas buat mereka yang ingin mencuba buat kali pertama. (Ataupun yang telah mencuba tapi patah semangat bila buat sorang-sorang hehe). Lagi sesuai untuk ibu-ibu yang nak mendeco kek untuk anak-anak, Nina akan tunjukkan cara melepa dari asas sampaikan ke finishing touches.

Apa yang akan dipelajari
-Mengenali asas bahan
-Membancuh butter cream
-Mewarna buttercream dan perbezaan antara lain-lain jenis pewarna
-Melepa kek bulat dan empat segi (tips bagi mendapatkan smooth cakes)
-Menggunakan nozzle untuk membuat berbagai pattern (untuk border)
-membentuk Bunga Ros menggunakan buttercream
-Tips menghias kek jika fail untuk menggunakan nozzle :D

Pelajar akan membawa pulang
-1 kek oren 7" bulat
-1 kek oren 7" 4 segi yang telah dihias sendiri, yeay!!!
-alatan asas untuk baker baru ;D special taw! Nanti tak pening nak cari sendiri, balik rumah boleh terus buat sendiri iaitu :

nozzle rumput
nozzle bunga ros
nozzle bintang
nozzle daun
cone holder
piping bag plastik (10 keping)
comb plastik
spatula (untuk melepa kek)
spatula plastik
towel kecil

p/s kalau tak datang kelas, inilah list barang untuk dibeli as a start ;D


Nota:
Ini adalah kelas 'cake decorating', kek akan disediakan. (kek akan dibakar sebelum kelas ya! Jadi tak belajar cara buat kek :D)

2) Chocolate Cake Decorating RM220
(4 - 5 jam) pelajar akan deco sampai habis walaupun orang lain dah balik hehehee
Peserta
Sesuai untuk sesiapa yang suka makan kek coklat, atau pandai buat kek coklat kukus tapi tak reti nak buat topping yang cantik dan sedap.. Kalau pakai topping masak atas api tu meleleh sikit.. jadi mesti tension bila nak hias, kan! Silalah datang kelas ini sebab NinazCakes Topping / Ganache memang terbaek!!! Untuk peniaga-peniaga kek coklat pun WAJIB datang sebab topping ni very the economical tapi yang penting Insyaallah sedap!!!

Pelajar akan mempelajari
-cara-cara membuat ganache yang mudah dengan cara yang paling selamat ;D
-melepa topping di atas kek coklat
-melepa topping express!
-Membuat border yang simple tapi menarik untuk beginners
-tips menyimpan ganache
-Mempelbagaikan rasa dari ganache yang basic (trade secret niiii)
-Lain-lain kegunaan Ganache, jadi tak membazir

Bonus:
-Cara masak brownies dan Choc Dip yang boleh digunakan untuk party pack birthday anak-anak
-cara mencairkan coklat dan membuat hiasan mudah menggunakan coklat

Pelajar akan membawa pulang

-1 kek coklat 7" bulat
- brownies
-alatan asas untuk baker baru ;D special taw! Nanti tak pening nak cari sendiri, balik rumah boleh terus buat sendiri iaitu :

nozzle bintang
nozzle daun
piping bag plastik (10 keping)
comb plastik
spatula (untuk melepa kek)
spatula plastik
towel kecil

p/s kalau tak datang kelas, inilah list barang untuk dibeli as a start ;D


Nota:
Ini adalah kelas 'cake decorating', kek akan disediakan. (kek akan dibakar sebelum kelas ya! Jadi tak belajar cara buat kek :D)


3) Marble Shortbread (Practical) Khas buat Bakal Peniaga RM220.00
(4 jam sekurang2nya)


Pelajar akan membuat sendiri:
-satu adunan marble shortbread dari AWAL sampai AKHIR (cikgu akan demo cikgu punya sendiri, bukan demo yang student punya!)
-mendeco pelbagai pattern untuk mendapatkan corak yang tersendiri (unique gitew)
-tips bagaimana hendak mendapatkan marble shortbread yang kemas dan cantik
-cara menyusun di dalam balang
-membuat costing untuk memulakan bisnes cookies dengan modal yang minimum

Pelajar akan membawa 2 balang lebih marble shortbread yang dibuat sendiri yummy!!!

Bonus bagi kelas Marble Shortbread:
Demo Sampret (Dahlia)