Wednesday, April 20, 2011

NinazTips | Mengapa Kek Bantat?

Hmm.. masa nina buat kek mula-mula dulu pun memang selalu bantat. Pernah sekali tu 6 biji kek sekilo bantat! Apa nak buat. Kalau siapa buat kek, tak pernah bantat, sama ada dia memang bertuah atau pun .. dia pakai ready mix hehe.

Sepanjang bakar kek ni, nina peratikan.. sebab-sebab bantat adalah:-

1) rajin bukak oven walaupun kek belum masak

kek ni, nampak dari luar memang la naik giler.. excited punya pasal, pi gatai tangan bukak oven. Bila bukak, kek tu sebenarnya belum masak, jadi angin sejuk yang berat tu cepat-cepat meluru masuk oven dan penyekkan kek tu.. terusla bantat.

NinazTips : JANGAN BUKAK OVEN DALAM MASA 40 MINIT YANG PERTAMA

2) Masa pukul tu, adunan, tak kaut kat tepi mixer.. jadi berketul-ketul

tak tahulah kenapa.. tapi kek yang ada ketul-ketul tepung tu memang la bantat.

NinazTips : Bila dah masuk tepung, dah sebati sikit, 'switch off' mixer, kautkan tepi-tepi 'mixing bowl' dan pastikan tiada ketulan.

3) Kek tak cukup masak, dah keluarkan.

Kek ni sebenarnya masak dari luar ke tengah.. Kadang-kadang bila cucuk lidi di bahagian tepi kek, nampak memang macam dah masak. Tapi bila cucuk di tengah tengok tak masak lagi.

NinazTips :
#1 Tengok dulu dari luar.. texture kek bahagian tengah dan tepi sama tak? selalunya bila tengah belum masak, nampak macam ada lingkungan bulat di tengah-tengah kek..

#2 Kalau nak cucuk lidi, pakai oven mitten, bukak sikit je, dan cucuk bahagian tengah.. Kalau masih basah, masak lagi sekurang-kurangnya 5-10 minit.

#3 Kalau dah bantat tengah tu, tak payahlah nak masuk balik oven hehe.. takdenya naik balik kek tu.. tempek je la foundation banyak2 hehe.. kalau jual tu.. tolak jela harga skit.. tapi mesti tanya.. dia nak yang baru ke tidak. ;D

4) Kek tu terlupa masukkan gula

Pernah jugak kelam kabut, bakar kek terlupa nak bubuh gula. Jadi, kek tak naik, merekah kat tengah-tengah.. Tercekik nak telan sebab tak gebu tersangkut kat tekak

NinazTips :
#1 Jangan buang, potong nipis, makan dengan jam atau ganache, tangkup dua.. memang sedap!
#2 Potong nipis-nipis, bakar balik.. sampai rangup.. jangan tunggu rangup dalam tau! Nanti hangit.. bila keluar tu.. dia lembut lagi.. bila dah sejuk barulah rangup. Nina selalu bakar kalau tray penuh dalam 20 min.. atau sampai wangiiii satu rumah!! yumss!!! Ala-ala biscotti gitewww! cek sukaaaa!

Good Luck! Nanti nina tulis lagi ya!!! muah muah muah!

6 comments:

  1. terima kaseh. frust kek carrot selalu bantat. mungkin sbb parutan carrot yg byk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai.. kek carrot ni renyah tapi boleh buat. Selalu resepi kek carrot pakai minyak saja, kek yang pakai minyak boleh bantat kalau minyak dan telur tak sebati.

      Delete
  2. aku guna ready mix...bantat gak,..kek tu tenggelam...salah aku sbb lepas panas 180 selama 30 minit siap adun masuk tp tak keluar2 sampai loceng oven bunyi pas 30 minit.... aku biar sejuk dlm oven tanpa buka pintu oven sbb aku dah pi jalan time tu... nk tgu die masak lambat sgt ..main tinggal je dlm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyaaa.. itu mesti kek belum masak lagi dah off oven tu kot..

      Delete