Sunday, May 1, 2011

Kelas | Nak Pilih Yang Mana: Demo, Intensive atau Ikut Modul

Assalamualaikum semua!

Entry kali ni, nina nak highlight tentang macam mana nak pilih apa. Bukan apa, nina teringat dulu masa nina baru berhenti kerja (hamba bodoh tuannnn!) Nina gunakan gaji yang terakhir untuk hadirkan diri ke kelas masak. Nak kata menyesal tu tidaklah.. tapi bukan sikit nina bayar tau! Terkilan la jugak. Jadi ibu-ibu yang nak belajar tu kena pilih betul-betul mengikut minat dan kesesuaian. Nina tak boleh bagitau mana yang korang nak tau! Sebab minat masing-masing lain ;D

Kelas Demo
Maknanya :
Kelas Demo, maknanya cikgu tunjuk kat depan.. murid-murid salin nota ya!!! Selalu ada kat baking supply store macam Bake with Yen, Bagus dan Yummy dan macam-macam lagi. Ada juga kat Citra Klasik, Kajang.

Sesuai untuk
*Orang yang ada basic, maknanya dia perati je, dia boleh buat kat rumah
*Orang yang mesti tengok baru dia boleh buat.. kalau tengok buku resepi je, dia tak confident nak buat ;D (mcm nina la hehe)
*Orang yang very observant... matanya tajam.. orang fokus.. bukan bersembang masa dalam kelas
*Orang yang tak kisah kalau ada ramai orang. Kalau dah ramai tu, macam-macam la kan, nak tanya kot segan. Masa nina mula-mula pergi kelas demo, siap kena perli dengan satu makcik tu.. "itu pun tak tau".. Yelah.. tanya soalan bodoh kan.. hmmm.. well, somebody has to ask tau! tapi nina memang betul-betul tak tau pun..

Kelas Hands-On
Maknanya:
Kelas tu kelas praktikal tapi single module.. maknanya.. kalau Kek Pengantin, Kek Pengantin sahaja, kalau biskut, biskut saja.. takde ekspres ekspres

Sesuai untuk
*Orang yang suka kalau kelas kecil
*Orang yang nak praktikkan terus
*Orang yang minat sangat dan memang dia nak pakai terus ilmu tu :D
*Orang yang tak kisah bayar mahal sikit.. janji dia dapat belajar terus dan coaching dari cikgu

Kelas Intensif
Maknanya:
Kelas borong. Ada beberapa modul dan dibuat dalam beberapa hari. Selalunya akan meliputi berbagai kursus dari kelas yang sedia ada. Bayarannya sudah tentulah lebih murah berbanding jika modul satu-satu secara berasingan.

Sesuai untuk:
*Mereka yang sudah ada pengalaman dalam kursus-kursus tersebut
*Mereka yang tidak memerlukan masa yang lama kerana kursus intensif agak laju kerana ingin menghabiskan apa yang perlu dipelajari dalam masa yang telah ditetapkan
*Mereka yang agak jauh dari kelas, jadi, sekali datang borong habis ;D


Okay ya! Bila nak pilih, kena pilih betul-betul tau! Takut nanti salah pilih.. rugi sangat-sangat. Kalau boleh sebelum pergi kelas, buat research dulu.. Kalau ada masa, cubalah resepi dulu.. jadi bila datang kelas boleh terus tanya apa yang tak jadi masa kat rumah tu.

Jangan sekali-kali pergi kelas.. terutama sekali bila mencecah ratusan ringgit dengan dada kosong. Bila balik rumah terkial-kial, nak tanya susah la pulak.

Lagi satu.. kalau nak berniaga.. tak semestinya tau semua benda.. kalau kita buat tu memang istimewa.. satu produk pun dah cukup. Jangan ambil semua kelas.. tapi satu pun tak jadi. Rugi nanti!

Nanti nina tulis lagi ya! tengah sibuk sangat-sangat! Blog ninazcakes dah lama tak jenguk :D

No comments:

Post a Comment