Friday, July 29, 2011

Step by Step | Melepa Topping Kek 4 segi (Heavy Pix)

Entry kali ni nina buat khas untuk kawan-kawan yang tergila-gilakan Red Velvet! Sebabnya.. kalau buat topping coklat memang senang.. tapi nak lepa cream cheese topping atas kek yang merah menyala memang agak susah.. Memang nina pun tak pas lagi ni.. Kalau nak pass kena pakai topping yang baaannnyyyaaakkk!! Almaklumlah kan .. cream cheese dah naik harga.. terkedu jugak la kat depan chiller kat kedai tu.

Langkah 1 : Crumb Coat - Satu Lapisan Nipis bagi mengelakkan Crumbs berterabur.
Crumb coat ni cuma letakkan satu lapisan nipis.. Memang mula-mula kek nampak comot, memang buruk tapi bila dah buat 'crumb coat' ni, bila kita nak bubuh topping yang betul, crumb dia taklah berterabur. Kalau nak cantik lagi letak sekejap dalam peti ais atau freezer..

Red Velvet lagilah kena 'crumb coat' sebab tektur RV ni amatlah crumbly dan poroi.. Pendek kata menyakitkan hati lah! hahaha


Langkah 2 : Letak satu 'dollop' cream (ini nina pakai cream cheese topping). Letak banyak-banyak pun tak apa.. sebab nanti boleh buang yang lebih-lebih. Kalau boleh.. letak kat tengah-tengah.. senang sikit nak melepa nanti!

Langkah 3 : Gerakkan spatula ke kiri dan ke kanan

NinazTip : JANGAN BAGI SPATULA KENA KEK LANGSUNG! KENA CREAM SAHAJA ;D (garangnyaaa hehehe)


Langkah 4 : Tambah lagi "cream". Ratakan ke bahagian yang tak kena.. tebal pun takpe.. Tapi jangan bagi kena kek taw! Nanti kek comot..


Inilah rupanya kalau dah rata! Tadaaaa!! Sekarang kena lepa bahagian tepi pulak!

Langkah 5 : Letakkan 'cream' banyak-banyak pada bahagian tepi.. comot pun tak apa.. janji jangan kena kek jugak.. Gerak-gerakkan spatula ke kanan dan ke kiri.. sampai rata..

Langkah 6 : Tambah lagi 'cream'. Jangan sambung bahagian yang tak kena.. Gunakan teknik 'overlapping' ecewah! pandai2 je buat term sendiri..

Langkah 7 : Berhati-hati di bahagian bucu.. Tambah extra sikit 'cream' dan pusing mengelilingi bucu. Yang ni memang 'tricky' skit.. Sambung lagi Sampai dah tutup kesemua bahagian tepi kek.


Tadaaa!! Dah siap keliling kek! Comotkan! Tak apa! Janjji cover habis!

Langkah 8 : Di bahagian bucu atas, tolakkan dari luar ke dalam... kira nak bagi kemas.. tapi hati2 tau! sebab kalau tolak banyak sangat.. nanti tersodok pulak kek tu heheh.. 'lightly' sahaja.. macam belai kepala baby dalam pantang heheLangkah 9 : Bila dah agak kemas.. masukkan dalam peti ais atau freezer sekejap.. Nina selalu masukkan dalam freezer dalam 15 minit.


Bila dah agak keras.. barulah kita ratakan bagi licin.. kadang-kadang, nina memang tinggalkan dalam peti ais semalaman (bukan freezer taw! patah pisau nanti hehehe kalau tinggal dalam freezer semalaman).. bila nak masuk kotak baru nina licinkan..

Taddaaa!! Dah siap pun! Lap yang comot-comot tu..


Hias dengan sprinkle lap lap you! Wow! Dah siap pun!! Kalau nak tanya.. boleh tanya taw! Kek segi2 ni memang remeh skit.. tapi kalau nak buat kenduri, makan ramai2, memang nina selalu suggest kek 4 segi.. Tapi kena charge extra skit sebab.. kek 4 segi pakai banyak lagi 'cream' berbanding kek bulat.. kalau buttercream tak pelah kan.. kalau cream cheese tu lari banyak la skit.. ;D Cuba ya!! Muah!