Tuesday, August 2, 2011

Step by Step | Melepa Topping Kek Bulat (Heavy Pix)

Aha! kali ni topping kek bulat pulak ya! Kek bulat ni senang sikit daripada kek 4 segi (kalau ada turn table la ahhahaha kalau tak de sama je standard macam topping kek 4 segi). Yang senangnya.. kita control spatula je.. sambil pusing2 'turn table' tu..

Step 1
'Crumb coat' kan kek.. Perasan tak nina tak crumb coatkan habis kek bahagian atas tu.. Sebab.. kek bulat senang nak bubuh topping.. jadi tak crumbly sangat sebab bahagian atas kan licin skit. Bila dah 'crumb coat' boleh letak dalam peti ais dalam 1/2 jam.. Nina masuk freezer je.. sebab freezer kek nina tak letak menda bukan2 ekeke. Kalau tak masuk peti ais pun boleh.. tapi bila dia sejuk selamat skit crumbs dia melekat kat kek.

Step 2
Bubuh 1 'big dollop of cream' atas kek.. kat tengah tapi bila nak lepa, lepa sikit2 ke tepi kek..

Step 3
Gelek2kan spatula sambil memusing2kan 'turn table'. Satu arah je tawww! Jangan kejap pusing sana, kejap pusing sini. Nina buat dari kanan ke kiri. Spatula jangan kasi kena kek langsung! Nanti crumbs tu semua melekat kat topping kek.. memang susah nak baiki.. nak kutip crumb tu tak payah la ya.. Tapi kalau dah tercomot tak pe.. amik je cream, pakai nozzle bintang.. dot dot dot sampai penuh.. stand by je la cream banyak2 hahahaah


Step 4
Dah cover semua kan kek tu! yeay! Perasan tak yang tepi nina 'crumb coat' tebal skit dari atas kek tadi.. Sebabnya.. ni kek red velvet.. lebih2 skit pun tak apa.. sebab yang nak buat comot tu bahagian tepi.. memang susah skit bahagian tepi ni.. Nina pun tak pernah tak de crumb langsung bahagian tepi tu.. Kalau dah susah sangat, letak je sprinkle keliling kek hahahaha.. cover line!

Step 5
Toppingkan bahagian tepi.. Tengok berapa banyak punya cream nina pakai.. tebal-tebal takpe.. boleh adjust nanti.. tapi kalau tercomot.. lagi banyak cream pakai nak baiki hehe

Step 6
Sambung lepa, ambil satu dollop lagi.. undur skit ke belakang.. maknanya jangan sambung topping.. tapi overlap skit.. jadi kemas la skit kek tu..


Step 7
Sila tengok gaya overlap itewww! auwww cek sukaaa!

Step 8
Buat sampai habis cover keseluruhan tepi kek! Yeay! kira dah siap la niiii!! tengok bahagian atas tu punyalah banyak cream! kita kena trim la lepas ni ;D


Step 9
Tolakkan spatula dari luar ke dalam.. lembut2 je.. Mesti tolak tau! Kalau comot jugak.. boleh hias border dgn nozzle star.. senang saja! Makan pun syiok je sebab topping lebeh! ;D

Step 10
Dah hampir siap! yeay! Masuk dlm peti ais pun boleh.. bila topping dah keras skit.. boleh adjust dgn spatula bagi rata lagi.. tapi lagi satu cara.. celup spatula dlm air panas, lap kering2.. cepat2 tau.. nanti spatula tu tak panas lagi. Ratakan cream tu.. Cara kedua ni remeh skit.. sebab.. nak celup statula panjang macam mana ek berapa banyak air panas nak letak dlm jag.. Nina jirus air panas je spatula tu tapi berapa kali mau jirus daaa..



Step 11
Letak spatula atas board.. pusingkan 'turn table' untuk kaut cream yang lebih2. jangan pusing laju2 tau.. tersodok kek tu karang .. mau menangis hehehe


Step 12
Lap yang comot2 tu dgn tisu.



Step 13
Kemaskan bahagian atas dan tepi






Mesti 90 darjah tau.. Nina fail la bab ni.. mesti tangan nina herot.. Nanti kek tu kembang atas mcam crown ekekekeke.. luruskan spatula..


Step 14
Kemas balik atas dia.. tADAAAA!! Dah siap pun!!!




Good Luck Guys! Jangan takut tengok step yg banyak gila tu! sebab step tu nina kecikkan jadi nampak cam remeh! tapi sebenarnya senang aje!

No comments:

Post a Comment