Saturday, October 19, 2013

Melepa kek Red Velvet: Crumb Coating. Apakah?


Orait! Mari kita belajar apakah crumb coating itew? Semua pun tahu, red velvet yang sebenar-benarnya adalah kek yang saaaangat lembut dan sexxay! Pegang sikit je, maka berderai-derailah dia. Kalau red velvet tu macam sponge kek, makanya kome belum jumpa lagi red velvet yang femes macam ala-ala sorang baker tu kannn.. kui kui kui..

Back to business guys,
Kenapa kita perlu CRUMB COAT?


1) Kek tu super berderai
2) Warna kek dan warna topping sangat kontra jadi memang comot kalau salah sikit

Kalau buat kek coklat dan topping coklat, memang tak perlulah nak crumb coat sebab tak nampak pun tapi kalau nak praktis tu boleh la kannn...

Sebenarnya crumb coat ialah letakkan topping nipis-nipis pada kek yang nak nak ditoppingkan tu. Lepas dah letak topping nipis, letak sekejap dalam peti ais. Barulah senang dan kemas topping kek tu nanti. Jadi fungsi utamanya ialah to hold the crumb. Macam mana nak cakap dalam bahasa Melayu ya.. topping tu kira kasi kek tu tak berderai lagilah! yeay!


Kek dan cream cheese topping dah standby

Letak siap-siap filling dan tangkupkan.. Filling tu pakai nozzle je :D express sikit.

Letakkan topping yang nipis saja. Ini pun sebenarnya terlebih tebal..

Sejukkan dalam chiller, baru lepa topping betul-betul.

Gambar yang ni saja nak berlagak hehe.. Our Red Velvet kan "The Best RV in Town" Hehe
Jadi nak jimat masa.. crumb coat ramai-ramai, tidur dulu, esok baru sambung topping hehe

Crown Cake! yeay! I am a Queen!

Mari kita tengok posting kali ni! Mesti tak tahu apa itu crown cake kannnn? Sebenarnya memang tak wujud pun crown cake nih! Cuma teringat masa kami pergi kelas cake decorating. Lama dah, pergi with my sister. Masa tu tahun 2006 kalau tak salah. Jahat betul masa tu. I asked my sister, "kaklong nak tengok crown kek tak?" sambil tu to point kat satu kek tu.. then we went like bhahahahahahahaa... gelak besar! My cakes were never the same.. mesti nak tercrown kan kek.. macam dah kena curse gitu.. sebab gelakkan orang.

crown cake..

Boleh nampak perbezaannya dengan kek biasa ni?
sekarang dah letak sebelah-sebelah, dah boleh tau mana crown kek kan? Hey! org suruh tengok kek bukan tengok background yang semak tuuuuuu

Anyway.. crown cake ni sebab tangan tu tak reti nak dok diam. Ingat tau kawan-kawan, kalau nak deco kek, mesti pegang spatula menegak 90 darjah. Kalau terkangkang jadi crown cake ler.. kalau terkangkang ke bawah.. dah macam skirt A line la pulak.. 

Apa-apapun praktis okay :D

Friday, October 18, 2013

Macam Mana Nak Tahu Kek Dah Masak?

Okay.. ramai jugak yang tanya, kenapa kek dah masak, tapi bila keluarkan, bantat terus.. Maka.. hati yang kembang, sekembang kek pun layu selayu kek.. Hahahaha.. Jangan give up kawan-kawan. Bakar kek ni memang banyak ragam, tapi bila kita dah kenal oven kita, insyaallah buat kek apa pun menjadi. 

Mari kita tengok gambar kek yang kat bawah ni.. Semoga boleh elakkan kek daripada bantat. 

Lagi satu! Kek kalau nak bantat, tak nampak masa dalam oven, bila keluarkan baru lah tau kek tu akan bantat ke tak.. Sebabnya.. kek akan masak dari tepi ke tengah. Jadi bila keluarkan kek tu, kek lembik di tengah-tengah akan dihenyak-henyak oleh udara sejuk.. kek yang dah masak kat tepi tu relax je.. henyak-henyak pun dia kata "hey! aku dah masak! relaxla brother! gi henyak2 bahagian tengah tu!". hahahahahaha.. lalu bantatlah dia.. Bantat jugaklah hati kome yaaaa.. Jom layan gambar kek yang tak bantat! I loike!


Masa ni kalau tengok dari luar, rasa macam nak melompat-lompat tengok kek jadi kannnn!

Close up sikit gambar kek. Sekali tengok pun tahu sebenarnya kek ni belum masak lagi (aik riak kah? hahahaha) Sila peratikan, rekahan di tepi dengan tekstur kek di tengah. Lain kan? Most likely kek ni belum masak lagi. Bahagian tengahnya agak lembik! Tak caya? Sila goyang-goyangkan oven, mesti tengah kek tu macam wobble wobble (ala-ala jeli).

Isk.. dah tertoncet macam ni pun ticer masih check dengan skewer tauuu. Kalau korang mesti dah melompat-lompat keluarkan kek kannnn! Belum lagiiiii.. Lagi seminit dua baru masak tau!

Tadaaaa! yang ni baru skewer tu clear! Baru boleh keluarkan oven..

Okay, mari kita ulangkaji sambil melihat skewer atau lidi. Bila nak cucuk skewer tu, janganlah bukak oven seluas-luasnya. Cucuk bahagian tengah kek. Sebab kan ticer dah cakap, kek masak dari tepi. Haaa! lupa ya!

yang ni lagi 10 minit pun okay

Dalam 5-6 minit lagi

Dalam seminit dua :D jeng jeng jeng!

Tadaaaa! Dah masak!

Kek Merekah oh Kek Merekah!

Pernah tak masak kek, bau dah masak, kek merekah tapi serba salah dah siap ke belum, nak keluarkan ke tak sebab bau dah macam nak hangit.. Rupa kek pun dah menoncet macam nak jadi muffin!

Alih-alih bila keluarkan, pufffff... terus melengkung, maknanya kek tu tak masak lagi.. Apakah sebab kek jadi begitu kawan-kawan?


Jawapannya senang saja. Penyelesaiannya pun senang saja.

OVEN ITU TERLALU PANAS..



Nampak tak kek yang dah merekah dan menoncet itew?

Yang ni sebenarnya bernasib baik sebab terperasan masa separuh masa, jadi sempatlah diturunkan suhu oven.

Bila sejuk, kek akan turun balik.. jadi kiranya yang ni terselamatlah TATAPI! sila scroll lagi gambar bawah.

Yang ni nasib tak begitu baik. terperasan macam kek dah masak, jadi keluarkan, rupa-rupanya kek tu tak masak lagi di tengah.

Bila dah sejuk pun, sebenarnya kek ni kira bantatlah.. 
Macam mana oven boleh terlalu panas?
Kadang-kadang, bila kita adjust suhu oven bila bakar roti atau cream puff ke, kita terlupa nak betulkan suhu balik ke 180 darjah. Dah biasa sangat masak kek agaknya, terus masukkan je kek.

Apabila suhu terlalu panas, kita macam paksa kek tu masak dengan cepat, adunan belah tepi tu seakan-akan menolak sampailah tertoncetlah kek tadi. Itu pasal la bila buat muffin, suhu kena tinggi sikit dalam 190 - 200 darjah celcius.. sebab nak kasi toncet! baru sexy gitew..

Lagi satu ialah sebab bila kita pakai oven kecil. Dek oven yang kecik tu tiada ruang untuk udara panas berlegar-legar macam oven besar, maka suhu pun jadi panas dan makin panas. Kalau oven kecil, lepas dalam 20 minit ke, boleh la turunkan suhu dalam 5 darjah je.. turun banyak-banyak bantat pulak karang hehe..

Orait korang.. habis suda entry ni.. chowwww.. muaks!

Thursday, October 17, 2013

Cake Decorating Class with Zura and Sir Sam!

Sebenarnya waktu siangnya anak Zura dan Sir Sam ni attend kelas Cookies with Bestfriends. Bila jemput ambil anak, terus belajar buat deco. Mula-mula macam malu-malu.. alih-alih seronok ya Zura, main-main buttercream niii..

Zura's very first rose!

Tambah daun bagi naik seri bunga.. Peratikan ada orang yang sedang memerhati.. jeng jeng jeng..

Tengok tu! Sir Sam dah masuk gear! Rupa-rupanya.. sambil dengar tu Sir Sam dah siap tangkap tutorial.. menjadi tuuuuu buat bunga ros.. Mak impressed habis!

Sempat kome bergurau senda ya.. Nak kena rotan ni!

Ni ticer punya tapi ticer tak letak icing sugar! Jenuh dok pikiaq awatlaaa texture cream cheese tu menggerutu tak hengat! Alih2 rasa.. masam rupanya..

Bila snap gambar.. terus elok je tangan tu lurus je..

Sebelum diugut-ugut.. tangannya punya la senget.. marah mak!

Nasib baik ada hero tolong perkemaskan..

Hasil praktis atas board.. Ya, ticer kasi praktis atas board dulu.. baru belajar buat atas kek..  :D

Tadaaaa!!

Ini sudah tentunya hasil kerja Dina yang attend kelas cookies siang harinya..

Nampak tak rose tu kesan tertonggeng.. haaaa... belum letak atas kek dah tertonggeng hahaha

Siap tulis2 nama atas board.. [geleng kepala].. Pantang mak lepa sikit.. bercinta-cinta kome yaaaaa!!!

Ni ticer punyaaa! Cantik kannnn!

After Class: Kemas sepantas kilat!

Marble Shortbread with Cikgu Fatimah, Fara and Kak Haslina

Kelas kedua 100% hands on Marble Shortbread ni memang voguelah! Anak-anak murid nakal betul! Sikit lagi nak kena rotan... Sila scroll gambar di bawah. jeng jeng jeng...


Cikgu Fatimah ni memang terrer! Walaupun katanya tak pernah buat cookies betul2 tapi diam-diam ubi rupanya.. diam-diam buat kerja.. siap cepat tuuuu.. Mak bangga nak!

Ni Fara, tokeh kelas Red Velvet dari Putrajaya.. sanjung tinggi sungguh, ada baby tapi kuat semangat.. sempatlah acik nina tengok baby masa suami Fara datang jemput... geramnyaaaa..

Kak Haslina pulakmemang tokey biskut.. siap bawak loyang shortbread sendiri.. Memang best! Kak Haslina banyak share tips buat cookies.. I loike! Thanks Kak Haslina! You rawk!!!

Tengok nih! Anak-anak nakal amik gambar! Tak reti dok diam.. Ticer rotan nanti!

Tak habis lagi tu main dalam kelas.. tapi lepas kelas takpe.. ticer sukaaa!

Pos ayu gitewww! me likey!

Ni import tukang kemas.. ke tukang buat kecah?
Jomlah join kelas nih! Best tauuu!! Memang happening dan marble shortbread memang 1st class punyalah! Insyaallah..

Marble Shortbread with Marina..

I will really treasure this baking class forever.. Honestly.. I learnt a lot from  Marina Sulaiman.. I guess more than what she learnt from me lol! Anyway.. Inilah kelas Marble Shortbread pertama.. 100% hands on! Insyaallah lepas balik kelas boleh start jual terus..

Rupanya Marina ni sifu cake decorating.. malu aii... Siapa nak belajar fondant, congo bar, biscotti, quiche dan bermacam-macam lagilah! Bolehlah search nama Marina Sulaiman..

Kelas ni siap ada belajar pasang loyang sekali tauuuu..

Ini selepas dibuka.. tengok.. licin je tepi dia.. siapa nak belajar boleh contact nina tau! Berbaloi-baloi kelas ni sebab nina jual dah 10 tahun.. korang tak payah susah2 macam nina dulu.. habis jari-jari ku nak dapatkan marble shortbread yg perfect!

Cara nak masukkan dalam cup pun adaaaaaa!

Love you so much! Alhamdulillah... Allah datangkan pertolongan dalam bentuk yang tak disangka2 and I'm so blessed.. [tears in my eyes]


Ticer tak pakai apron! haish!

Add caption

Red Velvet Deco with Yanti..

Alahai.. hati berbunga-bunga tengok gambar ni.. Inilah one of my best student masa mengajar kat sekolah dulu. Yanti pun dah jadi cikgu jugak.. Datang-datang visit kena tangkap deco kek sendiri :D


Love you so much, Yanti.. glad we end up being friends :D walaupun u masih ala2 sopan cakap dgn cikgu auwww...