Monday, October 7, 2013

Cara nak 'Placing'kan / susun Bunga Rose

Orait korang! Hari ni nina nak share macam mana nak susun bunga ros. Nina dulu, serius tak pandai, terkial-kial depan kek, kadang-kadang macam nak nangis pun ada. Rupanya senang je susun ros ni. Janji pandai angkat bunga ros. Kalau dah susah sangat tak reti, beli ros wafer je la ya :D 


Macam biasa, warnakan 'buttercream', kalau 2 warna pun boleh, 3 warna pun boleh, nak satu warna pun boleh. Bayangkan kalau merah menyala! pergh! kelas! tapi buttercream warna merah memang susah nak buat. Kena buat seminggu awal dan letak banyak pewarna baru lah lepas seminggu warna tu diserap..
warna pilihan nina light pastel colour gitew.. soft pink, purple and peach (untuk warna peach boleh letak warna pink dan kuning, letak kuning sikit-sikit).
Gambar ni saja nak tunjuk nozzle, lain kedai lain pulak nozzle untuk bunga rose. Ada yang lurus, ada yang melengkung. Tapi jadinya sama je.
Bila nak letakkan rose, parking betul-betul. Yang penting, nak angkat boleh guna gunting, cuma hati-hati je jangan tergunting la pulak. Janganla letak bunga-bunga tu sebatu dari kek.. (kes pernah jatuh sebab meja semak sangat.. plop! huaaaa) 

Kek tu kalau boleh, biarlah suhu bilik, sebab kon tu nak dicucukkan ke dalam kek. Kalau kek keras, patah terus kon tu.

Selalunya nina akan ambil bunga yang paling besar sekali dan letakkan. Lepas tu baru susun yang sedang dan last sekali yang kecil.
Bunga peach tu kan paling besar! Nina dah letak dulu. Lepas tu susunkan bunga-bunga lain di sebelah-sebelah. Selang-selikan warna. Kalau boleh, susun besar, yang sedang dan last sekali baru susun ros yang kecil. Yang kecil boleh selit-selitkan bahagian atas, celah-celah 2 bunga atau bawah sekali. Lagi cantik kalau susunhan bunga tu tirus ke atas. Bahagian bawah yang lebar.
Bancuh buttercream dengan pewarna, selalu nina akan tambah pewarna kuning sikit je, bagi warna hijau tu naik sikit. Jangan banyak-banyak warna kuning tawww nanti jadi hijau florescent!
Pastikan letak daun di sekeliling. Daun ni penting taw.. Bila letak daun, terus naik warna bunga-bunga. Kalau tak nampak macam gonjeng semacam. Daun ni boleh cover bekas-bekas gunting masa kita. 

Tip buat daun: dengan nozzle yang sama, kalau kita tekan kuat (the more pressure), lagi besarlah daun kita.. apa-apapun, lepaskan tekanan baru angkat nozzle.. jangan la masih picit dah tarik.. nanti daun jadi panjang macam lalang hahahahaha opss gelakkan diri sendiri sebab masa mula-mula buat jadi macam tu..



Kalau kita goyang-goyang sikit, jadilah daun yang beralun-alun.. Eh.. rasa kena buat tutorial buat daun kannnn...
Jangan lupa letakkan daun antara bunga-bunga rose tawww.. nanti nampak putih-putih kon tu.. kasi tutup lubang-lubang dan bila letak daun kecik tu memang berseri-serilah bunga-bunga tu.. nak potong pun sayang.. tapi rasa, nak belajar buat ros tanpa kon. kalau buat ros tanpa kon memang senanglah nak potong kek. Hari tu sponsor adik ipar kawin, ditugaskan memotong kek.. mak aiii.. punyalah susah nak potong.. masa jual kat orang tak hengat! kena kat batang hidung sendiri baru tau hahahaha
Orait! kan cantik tu.. Anyway.. kalau apa-apa nak tanya, bolehlah tanya di ruangan komen tu tawww... Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Asslm

    Saya nk tanya bagaimana caranya nk stabilkn icing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Citradiana,

      Yang nina guna ni cuma shortening, krimwell dan icing sugar. Kalau trend sekarang ramai yang guna italian meringue atau swiss meringue yang lebih stable. Cuma nina pun tak belajar lagi. Tak berani sebab kalau nak sedap kena pakai pure butter (which costs a bomb).

      Anyway, ada juga yang guna dua resepi. Untuk resepi bunga, ada yang betul-betul pakai 100% shortening yang lebih stiff berbanding dengan krimwell. Atau ada juga yang tambah lebih ratio icing sugar supaya betul-betul stable.

      Tapi masa nina mula-mula buat dulu, nina perasan, bila kita tak pukul betul-betul sampai 2 kali volume atau bila kita tarik beater tu akan terpacak, bunga yang kita buat akan lebih mudah cair. Hope this helps.

      Delete