Friday, October 18, 2013

Kek Merekah oh Kek Merekah!

Pernah tak masak kek, bau dah masak, kek merekah tapi serba salah dah siap ke belum, nak keluarkan ke tak sebab bau dah macam nak hangit.. Rupa kek pun dah menoncet macam nak jadi muffin!

Alih-alih bila keluarkan, pufffff... terus melengkung, maknanya kek tu tak masak lagi.. Apakah sebab kek jadi begitu kawan-kawan?


Jawapannya senang saja. Penyelesaiannya pun senang saja.

OVEN ITU TERLALU PANAS..



Nampak tak kek yang dah merekah dan menoncet itew?

Yang ni sebenarnya bernasib baik sebab terperasan masa separuh masa, jadi sempatlah diturunkan suhu oven.

Bila sejuk, kek akan turun balik.. jadi kiranya yang ni terselamatlah TATAPI! sila scroll lagi gambar bawah.

Yang ni nasib tak begitu baik. terperasan macam kek dah masak, jadi keluarkan, rupa-rupanya kek tu tak masak lagi di tengah.

Bila dah sejuk pun, sebenarnya kek ni kira bantatlah.. 
Macam mana oven boleh terlalu panas?
Kadang-kadang, bila kita adjust suhu oven bila bakar roti atau cream puff ke, kita terlupa nak betulkan suhu balik ke 180 darjah. Dah biasa sangat masak kek agaknya, terus masukkan je kek.

Apabila suhu terlalu panas, kita macam paksa kek tu masak dengan cepat, adunan belah tepi tu seakan-akan menolak sampailah tertoncetlah kek tadi. Itu pasal la bila buat muffin, suhu kena tinggi sikit dalam 190 - 200 darjah celcius.. sebab nak kasi toncet! baru sexy gitew..

Lagi satu ialah sebab bila kita pakai oven kecil. Dek oven yang kecik tu tiada ruang untuk udara panas berlegar-legar macam oven besar, maka suhu pun jadi panas dan makin panas. Kalau oven kecil, lepas dalam 20 minit ke, boleh la turunkan suhu dalam 5 darjah je.. turun banyak-banyak bantat pulak karang hehe..

Orait korang.. habis suda entry ni.. chowwww.. muaks!

No comments:

Post a Comment