Friday, October 18, 2013

Macam Mana Nak Tahu Kek Dah Masak?

Okay.. ramai jugak yang tanya, kenapa kek dah masak, tapi bila keluarkan, bantat terus.. Maka.. hati yang kembang, sekembang kek pun layu selayu kek.. Hahahaha.. Jangan give up kawan-kawan. Bakar kek ni memang banyak ragam, tapi bila kita dah kenal oven kita, insyaallah buat kek apa pun menjadi. 

Mari kita tengok gambar kek yang kat bawah ni.. Semoga boleh elakkan kek daripada bantat. 

Lagi satu! Kek kalau nak bantat, tak nampak masa dalam oven, bila keluarkan baru lah tau kek tu akan bantat ke tak.. Sebabnya.. kek akan masak dari tepi ke tengah. Jadi bila keluarkan kek tu, kek lembik di tengah-tengah akan dihenyak-henyak oleh udara sejuk.. kek yang dah masak kat tepi tu relax je.. henyak-henyak pun dia kata "hey! aku dah masak! relaxla brother! gi henyak2 bahagian tengah tu!". hahahahahaha.. lalu bantatlah dia.. Bantat jugaklah hati kome yaaaa.. Jom layan gambar kek yang tak bantat! I loike!


Masa ni kalau tengok dari luar, rasa macam nak melompat-lompat tengok kek jadi kannnn!

Close up sikit gambar kek. Sekali tengok pun tahu sebenarnya kek ni belum masak lagi (aik riak kah? hahahaha) Sila peratikan, rekahan di tepi dengan tekstur kek di tengah. Lain kan? Most likely kek ni belum masak lagi. Bahagian tengahnya agak lembik! Tak caya? Sila goyang-goyangkan oven, mesti tengah kek tu macam wobble wobble (ala-ala jeli).

Isk.. dah tertoncet macam ni pun ticer masih check dengan skewer tauuu. Kalau korang mesti dah melompat-lompat keluarkan kek kannnn! Belum lagiiiii.. Lagi seminit dua baru masak tau!

Tadaaaa! yang ni baru skewer tu clear! Baru boleh keluarkan oven..

Okay, mari kita ulangkaji sambil melihat skewer atau lidi. Bila nak cucuk skewer tu, janganlah bukak oven seluas-luasnya. Cucuk bahagian tengah kek. Sebab kan ticer dah cakap, kek masak dari tepi. Haaa! lupa ya!

yang ni lagi 10 minit pun okay

Dalam 5-6 minit lagi

Dalam seminit dua :D jeng jeng jeng!

Tadaaaa! Dah masak!

7 comments:

  1. Salam kak.. Mcm mana nak tahu brownies dah masak? N kenapa surface brownies tak rata ye? Sbb selalu bila sy buat, dia akan melengkung je.. Hehe. Nak bakar lagi takut nnt keras pulak

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Zana,

    Selalu kalau melengkung ni 2 saja.

    1) mungkin masa tak cukup. Kek (atau apa-apa pun) akan mula masak dari tepi luar sampailah ke tengah. Jadi kalau melengkung seolah-olah ada kawah di tengah, mungkin masa belum cukup lagi.

    2) tengah-tengah bake, bukak oven, bila tengok di luar memang kek nampak dah naik dan kembang, udara angin dah 'penyetkan' bahagian yang belum masak.

    3) mungkin jugak cecair terlalu banyak (telur pakai gred lebih besar dari resepi), jadi mungkin ambil lebih masa untuk masak.

    Brownie ni sebenanarnya kalau masak terlebih memang rasa macam kek kering. Tak sedap.. Melengkung pun melengkung lah labuuu.. try lah lagi tauuu! selalu nina pakai resepi brownie citarasawan. nyom nyom nyom... tambah hazelnut.. perghhh.. seloyang pun boleh habis. Hope this helps.. Thanks for asking!

    ReplyDelete
    Replies
    1. opss sorry salah nama.. Zama ya bukan zana... sory sory sory...

      Delete
  3. sya pertma kali buat kek pisang..dah 40 minit masih lembik lagi..knape ye..kembng tapi masi lembik ..adakh terlalu bnyak pisang sya letak .sis..

    ReplyDelete
  4. sya pertma kali buat kek pisang..dah 40 minit masih lembik lagi..knape ye..kembng tapi masi lembik ..adakh terlalu bnyak pisang sya letak .sis..

    ReplyDelete
  5. sya pertma kali buat kek pisang..dah 40 minit masih lembik lagi..knape ye..kembng tapi masi lembik ..adakh terlalu bnyak pisang sya letak .sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis Aku Kaya,

      masa untuk bakar kek bergantung kepada saiz loyang dan saiz oven. Susah nak cakap sebab tak tahu saiz atau resepi. tapi kalau kembang tapi masih lembik, selalunya belum cukup masa. kek yang terlalu banyak pisang akan jadi macam lempeng pisang, takkan naik-naik. kalau oven kecil, saiz loyang 7" mungkin boleh masak tetapi kek yang lebih besar akan ambil masa, kek akan mula masak dari tepi ke tengah, jadi lembik tu di bahagian tengah atau tepi, kalau tengah sahaja, memang confirm tak cukup masa. Tapi kalau lembik the whole kek, it might be your teknik atau resepi.. Harap jawapan ni dapat membantu :D

      Delete