Saturday, October 19, 2013

Melepa kek Red Velvet: Crumb Coating. Apakah?


Orait! Mari kita belajar apakah crumb coating itew? Semua pun tahu, red velvet yang sebenar-benarnya adalah kek yang saaaangat lembut dan sexxay! Pegang sikit je, maka berderai-derailah dia. Kalau red velvet tu macam sponge kek, makanya kome belum jumpa lagi red velvet yang femes macam ala-ala sorang baker tu kannn.. kui kui kui..

Back to business guys,
Kenapa kita perlu CRUMB COAT?


1) Kek tu super berderai
2) Warna kek dan warna topping sangat kontra jadi memang comot kalau salah sikit

Kalau buat kek coklat dan topping coklat, memang tak perlulah nak crumb coat sebab tak nampak pun tapi kalau nak praktis tu boleh la kannn...

Sebenarnya crumb coat ialah letakkan topping nipis-nipis pada kek yang nak nak ditoppingkan tu. Lepas dah letak topping nipis, letak sekejap dalam peti ais. Barulah senang dan kemas topping kek tu nanti. Jadi fungsi utamanya ialah to hold the crumb. Macam mana nak cakap dalam bahasa Melayu ya.. topping tu kira kasi kek tu tak berderai lagilah! yeay!


Kek dan cream cheese topping dah standby

Letak siap-siap filling dan tangkupkan.. Filling tu pakai nozzle je :D express sikit.

Letakkan topping yang nipis saja. Ini pun sebenarnya terlebih tebal..

Sejukkan dalam chiller, baru lepa topping betul-betul.

Gambar yang ni saja nak berlagak hehe.. Our Red Velvet kan "The Best RV in Town" Hehe
Jadi nak jimat masa.. crumb coat ramai-ramai, tidur dulu, esok baru sambung topping hehe

No comments:

Post a Comment