Monday, October 7, 2013

Scoop untuk Cupcake

Haaa! Jangan tak tau! Kalau nak cepat isi cupcake, boleh la guna ice cream scoop! Senang sikit nak scoop. Kalau pakai resepi coklat moist yang merata-rata di share di internet, meleleh-leleh la jawabnya. Nak masuk piping bag pun dripping sana sini. Tapi tu la kan. Kalau nak beli scoop tu kena tengok saiz mana yang sesuai, jangan main redah je.. Nina ada 3 scoop. 1 untuk mini moist cuppies, 1 untuk mini red velvet cuppies, 1 yang besar sikit untuk small red velvet cuppies. Selain dari tu, boleh juga untuk scoop cookies.. jadi lebih kurang sama besar je cookies tu! berbaloi2! 

Tengok saiz 2 scoop ice cream ni. Lain kannn.. walhal cupcake liner dia sama size, tapi sebab scoop dia lain size, saiz dia pun jadi beza.. tapi sayang, dia tak tulis size kat scoop tu sebab beli yang biasa-biasa aje.. Kat label harga hari tu ada la dia tulis size.. tapi tak perasan la pulak rupanya lain-lain size idokle pulak menengoknyaaaa..

Pandangan dari depan pulak.. Memang la takde beza sangat tapi hari tu tersalah pakai scoop, apasal la pulak adunan lagi bajet.. tak cukup seloyang.. bila check-check ropenya itu ler penyebabnyaaa..

Selamat bershopping yaaaa! muaks!

2 comments:

  1. ada jual online x scoop cookies.. huhu..dh beli tp size besar...besar sgt cookies...newbie katakan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure pulak ada jual online ke tidak. Memang susah nak cari scoop extra kecik untuk cookies.. hari tu ada tengok di One Houseware di The Mines (ada cawangan di berdekatan Chow Kit). Kalau tak salah harga dalam RM3+.00. Tapi jangan main terjah je tau.. sebab dah lama dah tengok, takut stok habis ke. Anyway, pernah juga tengok orang beli online dari US tapi harga dah jadi RM80 - RM100+.

      check out their link.. (http://www.onehouseware.com/our-products.asp#1) GOod luck!

      Delete