Wednesday, December 9, 2015

Perkara Penting Sebelum Ambil Order..

Assalamualaikum semua...

Entry ni nina tujukan khas buat mereka yang baru nak mulakan bisnes apa-apa jugak pun. Yelah.. teringat masa mula-mula ambil order dulu, terkulat-kulat kira kos dan tengok duit terbang tinggi dan makin tinggi dan makin tinggi hahaha.. Mana taknya.. mula-mula berniaga mana ada loyang bagai.. yang ada satu loyang 7" untuk buat kek coklat sekilo. Alih-alih orang order kek 1.5kg. Dah kena beli loyang lagi. Lepas tu nak wedding cake 12", beli lagi loyang. Sudahnya duit tumbuh sayap sendiri. Tapi alhamdulillah.. bila beli loyang, itu sebenarnya investment. Maknanya, duit tu tak nampak ke diri, dapat ke peralatan.

Bila kita mula-mula berniaga, sebenarnya kita boleh decide sama ada kita nak fix kan apa yang kita nak jual atau kita boleh take the challenge dan be a little bit more adventurous. Macam nina, nina memang suka fix kan apa yang nina nak jual. Nina bukan tak suka challenge, nina tak berapa suka ambil risiko sebab ingredients sekarang ni bukan macam nina mula-mula start dulu. Sekarang melambung-lambung harganya, tambahan pula dengan GST kannn.. opss..

Anyway, bila kita nak terima order yang baru, ini antara perkara yang perlu kita fikirkan sedalam-dalamnya.

1. Resepi - bagi yang biasa masak, memang tak dinafikan, kita jeling je resepi, dah boleh agak dah terlebih manis atau tak, logik atau tidak. Tapi dengan timbunan resepi yang melampau, agak-agak kalau orang order menu baru, mampukah kita menghasilkan produk yang sedap yang membuatkan orang datang semula; which is related to the second item.

2. Masa - Kalau sudah ada resepi, mungkin kita boleh anggarkan masa, tapi kalau kita masih belum ada resepi, cukup tak masa untuk kita test resepi yang nak digunakan? Jika order adalah order yang urgent, ada kala ada baiknya kita tolak walaupun ada yang kata tak baik menolak rezeki, tapi tak baik juga merosakkan reputasi bisnes sendiri.

3. Peralatan - Adakah order yang kita nak terima tu boleh disiapkan dengan kelengkapan yang kita ada. Contohnya, mungkin kita cuma ada 4 loyang 7". Order yang diterima adalah 20 kek 7" dalam masa 2 hari. Oven pulak ada seketul, boleh masuk 2 kek sahaja. Jadi kita sahaja yang tahu sama ada kita mampu atau tidak terima order tersebut.

4. Bahan-bahan - Adakah bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati. Contohnya jika ada customer yang ingin membeli kek yang ada kacan pecan. Dalam resepinya cuma perlukan 50gm sedangkan pack yang paling kecil ialah 250gm yang berharga hampir RM20 (tak sure la pulak berapa harga pecan sekarang ni). Sanggupkan kita mengambil order tersebut. Ataupun, bahan yang ingin digunakan tiada di kawasan kita, mungkin kita terpaksa order atau terpaksa mencari di kedai yang jauh. Jadi sanggupkah?

5. Costing dan Selling Price - Harga produk memang berbeza mengikut ingredients dan kawasan. Sebab tu kita kena belajar kira costing sendiri. Kadang kala bila kita beli dalam kuantiti yang kecil sebab special order, barang akan jadi mahal. Jadi, kita kena kira semua costing dan juga utiliti (api air). Jangan lupa gaji chef jugak ya. Berlebih kurang itu bagus tapi cer citer.. kalau tak ada siapa nak beli produk yang ada kacang pecan, mana kita nak letak? Memang boleh dibuat makan tapi ada kalanya bila kita mula berniaga, modal kita sangat sedikit (modal nina la kannn) untuk dibazirkan pada bahan-bahan yang tak tahan lama.

6. Time Management - Time management lah perkara yang paaaaaling susah dan paling mempengaruhi sebab kita kena pandai atur masa mana nak buat dulu, mana yang nak disejukkan.. sebab bila kita salah atur masa, lambat semua jadinya.. macam sekarang ni kannnn.. nina kenalah berundur diri.. kena atur masa untuk 600 cupcake yang nak disiapkan hehehe..

Good luck guys!! There's a business woman in there.. kalau cari betul-betul mesti jumpa!

 

Sunday, December 6, 2015

Macam Mana Nak Ambil Bulk Order? (tips)

Assalamualaikum semua..

Semalam je baru kawan nina telefon, suaranya agak kedengaran panik dan bila dia call nina.. nina pulak yang panik hahaha... Rupanya ada orang order 600 wedding cupcakes untuk jamu masa wedding event. Panik sebab next week delivery, nak cucuk pulak atas lidi dan togel tanpa cupcake liner. Okay, mak panik.. mak tanya dia.. macam mana ke gaya nak menghantar, nak letak dalam kotak macam mana.. Lepas tu kami pun sama-sama panik hahaha.. Anyway.. bukan nak takutkan korang ek. Nina memang tak berapa ambil tempahan untuk wedding, sebab budget masa ke laut.. suka buat last minute dan dengan anak berceridai ni apa-apa je boleh jadi.

Jadi sekarang nina kasi tips macam mana nak ambil order terutama sekali order yang kita tak pernah ambil lagi.

1. Budget masa. 

    Itulah yang paling penting sekali. Macam mana nak budget masa? Kena tengok kapasiti oven, kapasiti mixer, kapasiti diri sendiri dan yang paling penting, sanggup atau tidak as in ada skill atau tidak.

Kalau nina, nina ada dua oven sekali bakar 50 cupcake. Jadi untuk dapatkan 600 cupcake (nina anggar 650 sebab mesti ada yang tercomot atau terkurang, termelimpah). Jadi 600 bahagi 50 cupcake (1 round), nina kena bakar 13 round. Satu round bakar 25 + (5 minit, nak angkat, nak kalih, etc) = 30 minit.

13 round x 30 minit = 6.5 jam. 

6.5 jam ni masa bakar sahaja. Jangan lupa, kita nak menimbang, nak sejukkan, nak adun dan nak scoop. Jadi memang akan ambil masa. 

Jadi kita kena tahu berapa lama yang kita nak ambil untuk bakar. Ini belum estimate masa untuk hias tau.. nak cucuk lidi lagi.. nak ikat riben. Jadi kena tengok order masing-masing.

Of course, kita boleh charge extra untuk setiap hiasan yang diminta. Contohnya, nak ikat riben 600 lidi, boleh tahan lama. Jadi kena ikut kemampuan masing-masing. Kadang kala mungkin kita terpaksa upah orang untuk ikat riben atau beli riben siap.

2. Kira berapa adunan.

    Resepi yang kita buat dapat berapa bijik cupcake? Jadi, kita boleh anggarkan, berapa adunan yang diperlukan. Macam mana nak tahu satu adunan ada berapa cupcake? Makanya kita kena test sendiri sebab satu adunan tu tak sama. Semuanya bergantung kepada saiz cup yang kita pilih. Jadi kita kena buat kiraan sendiri. 

Bila sudah dapat berapa adunan, barulah kita belikan bahan-bahannya.

3. Quotation dan deposit dan LIST BARANG.

    Kesilapan pertama yang selalu dilakukan ialah tiada terms and condition. Haaa!! We learnt it through the hard way tauuuu! Bila bagi quotation, haruslah ingat, perlu ada terms and condition terutama sekali dari segi pembayaran. Kami akan minta deposit 50% (non refundable) sebab senang cerita, bahan-bahan yang dibeli memang 50% tu dah boleh cover (kalau bahan tak terlalu mahal macam hazelnut atau cheese). Bila mintak non refundable deposit, kita tak akan kehilangan modal bila customer cancel last minute.

Kita tak boleh nak beli barang last minute, buatnya tak ada stok, masak nak mencari seantera dunia. Jadi, kena fikir kebajikan kita sendiri. Ada jugak yang mintak full payment semasa delivery atau 2 days before delivery sebab masa kenduri, kadang-kadang kita deliver bukan pada empunya order. Ntah makcik mana akan ambilkan, siap pandang-pandang slack lagi hahahaha... nanti penat je buat, duit tak dapat.

Bila buat list barang tu jangan lupa tau, mesti ada kotak untuk delivery, plastik dan semua mak nenek lah termasuklah alatan yang nak digunakan loyang, grease, scoop, piping bag.. nozzle dan bermacam-macam lagi.

4. Proses Kerja

    Bolehlah buat mental note apa nak buat dulu. Mungkin kalau nina, nina akan terjah riben dulu sebab itu boleh buat awal. Lepas tu buat topping, lepas tu baru buat kek dan anggaran masa. Kotak-kotak yang perlu dilipat, bolehlah lipat siap-siap.

5. Hari Kejadian

     Bakor jangan tak bakor. Kadang-kadang boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan tak tidur.. Insyallah bila dengar bunyi kaching-kaching tu hilang penat..

6. Delivery Day

     Deliver tu jangan lupa, kadang orang nak pagi, nak petang. Semuanya sepatutnya dah clear masa hantar quotation dan bila terima order. Nak bawak kereta tu macam siput tawww sebab scary the mary kalau bawak kek dalam kereta. Cuaca panas semua tu memang akan mainkan peranan.. jadi kalau wedding cake nina suka hantar either malam sebelum hari kejadian atau sebelum pukul 11 pagi. 

Okies.. kalau ada apa-apa nanti nina tambah. Good Luck okay!! There will always be the first time for everything. Dan bila baru start, untung mungkin ciput sebab kita beli peralatan. Jadi tu pun asset jugak tu!!

Adios!!
Love,
Misz Baker.

Monday, August 3, 2015

A Come Back!

Wow wow wow!! Baru tahu yang blog ni masih ada pengunjungnya.. Sebenarnya blog ni sunyi sepi sebab pemiliknya sibuk buat benda lain. Mula-mula tu sibuk mengajar Bahasa Inggeris, sekarang ni sibuk buat kerja-kerja lain. Tengok posting yang terbaru 2013! Maknanya dah 2 tahun lah nina tak menulis. Sedih memanglah sedih.. tapi.. nantilah satu hari nina akan rungkaikan kesemuanya..

Insyaallah, walaupun tahun ni macam dah nak masuk ke penggal kedua.. nina berazam untuk cuba bangkitkan semangat, untuk teruskan cita-cita. Bila tengok orang yang tak patah semangat, meluncur jauh saja.. Insyaallah.. doakan nina ya. Semoga Allah beri kekuatan pada kita semua untuk menghadapi apa jua cabaran... aamiin..