Saturday, March 5, 2016

Tip Bisnes: Jangan Rosakkan Reputasi Sendiri!! Terima Padahnya Nanti!

Assalamualaikum dan good day semua!!

Haaa! Kenapa dengan topik ni? Kalau nak mula berniaga, kena tahu pasal reputasi ni tauuu! Bolehkah reputasi dibina? Sudah tentuuu? Bolehkan reputasi rosak sekelip mata? OFKOSSS!!

Sebenarnya biar nina ceritakan macam mana tiba-tiba boleh terbuka topik ni.

Beberapa tahun dahulu, nina ada 'follow' satu sifu ni. Sifu ni mampu menghasilkan resepinya tersendiri. Sangatlah mengagumkan, cuma pada masa tu, nina tiada duit untuk menghadiri kelas dia. Dalam mengumpul-ngumpul duit untuk ke kelas dia, tangan tu saja lah google resepi. Tiba-tiba terjumpalah resepi kek ekslusif chef ni. Tapi sayangnya, pemilik blog tu mengomel-ngomel betapa sesetengah orang ni kedekut resepi. Bila kita baca blog tu, sampai di ruangan komen, nina terkejut sebab pencipta resepi tu seolah-olah men'sound' pemilik blog tersebut. Saya faham perasaan sifu tersebut kerana setelah dikutuk-dikutuk kedekut, resepi yang dikongsi menyimpang dari resepi asal.

Nina tak salahkan sifu tersebut kerana sebagai manusia biasa, sudah tentunya dia tak lari dari perasaan marah. Lagipun, dia sekadar menghormati anak-anak murid yang telah pun membayar untuk resepi tersebut. Cuma apa yang terkilan ialah, dia secara tidak langsung, merosakkan reputasi dia sendiri kerana bukan semua orang akan faham situasi dia. Nina, sebagai baker, walaupun faham perasaan sifu ni, tetapi nina tawar hati untuk menuntut ilmu dari sifu tersebut sebab takut-takut dia memang macam tu di dalam kelas (selalunya tak, ni mesti kes bengang). Cuma I do not have the money to find out myself.

Anyway, ramai lagi sifu-sifu bisnes yang suka negatif dan meroyan di wall masing-masing di facebook. Mereka seperti magnet kerana mereka akan menarik orang-orang yang suka membaca komen meroyan. Manakala orang yang positif mungkin akan menghilangkan diri dari menjadi pengikut mereka.

Jadi, tak kisahlah macam mana bengang pun dengan situasi yang dihadapi, jangan meroyan apatah lagi dunia hari ni penuh dengan fitnah dan mengadu domba. Pasti akan ada seketul dua yang akan screen capture dan viralkan. Hmmm.. tapi apa pendapat korang?

No comments:

Post a Comment