Monday, June 20, 2016

Kenapa Creampuff Tak Naik atau BANTAT?

Okay!! Creampuff ni tersangatlah rendah cost dia (kulit dia ya) sebab hanya ada beberapa bahan je yang murah. Butter / margerin, air, tepung, garam.. Haaa!! nina teringat ada siapa yang cakap. Bahan kalau terlalu sikit, maknanya skill nak buat tu memang bukan senangla kannn..

Jadi kenapa creampuff tak naik atau BANTAT?

Sebab dia simple je. SUHU! 
Ada kawan yang buat, tak mahu jadi rongga tengah tu, jadi dia pakai tepung kek yang ada serbuk penaik, baru jadi. Kalau ikut teknik, tak payah pakai serbuk penaik. Jadi kenapa ya?

1. Suhu tak cukup tinggi.

Untuk naikkan creampuff, suhu oven mestilah lebih tinggi dari suhu oven bila bakar cookies. Sebab kita nak bagi ada rongga di tengah untuk kita letak filling. Macam muffin tu, kan kita kena pakai suhu tinggi sikit. Barulah naik si toncet muffin. Sama jugaklah kalau kita nak bakar creampuff.

2. Adunan terlalu cair (terlebih telur)

Bila terlebih telur, memang adunan akan terlebih cair. Bila adunan cair, memang susahlah nak paipkan. Kena pulak suhu tak cukup panas, memang takkan naik la kannn.. Bayangkan, kita nak creampuff tu kering, keluarkan wap-wap dia, alih-alih cecair terlebih, memang susahlah dia nak naik. Jadi kena pastikan telur tu cukup-cukup je. Kadang-kadang resepi kata nak pakai telur Gred B, tiba-tiba kita pakai telur gred A, memang cecair telur tu lebih, adunan terlalu lembik.

Nota:
Kalau lebih telur, creampuff yang dihasilkan tersangatlah lembut, jadi makan je la macam makan cucur. sedapppp! Jangan buang tau.. membazir tu amalan syaiton!

3.Paipkan creampuff bila adunan masih terlalu panas.

Apabila kita paipkan panas-panas, adunan dia terlalu lembik. Jadi leper je. Macam mana nak naik nanti? Jadi tunggu suam-suam sikit, barulah boleh paipkan tinggi sikit.


4. Masak adunan terlalu sekejap


Adakalanya kita masak adunan tepung butter dan air tu terlalu sekejap. Sebab dia tak tahulah tapi memang perasan, bila tak cukup masak, adunan tak berapa cantik bila masukkan telur. Kalau masak adunan terlalu lama pulak, minyak dia akan pecah tapi yang tu okay lagi sebenarnya, cuma adunan berminyak, masa masukkan telur kena kacau sampai sebati.

5. Tak cukup masa membakar

Satu hal mengenai creampuff ni, memang nampak dia naik macam gila, bau dia punyalah semerbak. Masa nina mula-mula bakar creampuff, nina taknak la warna dia macam hangit. Tapi bila keluarkan, creampuff terus jatuh. Maknanya creampuff tu sempat naik je. Of course la kan, creampuff akan naik sebab suhu dia terlalu tinggi, tapi itu tak bermaksud dalam creampuff tu dah masak. Jadi, pastikan warna atas creampuff tu dah coklat-coklat sikit. Walaupun nampak macam terlebih garing, creampuff tu takkan rasa hangit. Paling tak pun, creampuff tu akan jadi kering kontang macam biskut lutut hahaha.. 

Tapi jangan lah bakar sampai 1jam.. kalau nina bakar mini ones dalam oven besar tu, 7 x 7 mini creampuff dalam 15 minit, kalih tray, masukkan lagi 5-10 minit. Tunggu semerbak bau, warna dah perang-perang.

Nota: 
selalunya creampuff yang di tepi akan terlebih garing sikit jadi korbankanlah beberapa creampuff di tepi untuk menyelamatkan creampuff di tengah. Jangan tengok creampuff seketul dua dah garing, habis penyet semua di tengah hahahaha

Cuba tawwww..
Kalau nak belajar buat creampuff step by step, boleh laaa..
nina ada buat online class.. RM50 jer.. insyallah jadi, 
masa nina belajar dulu tak de duit nak pergi kelas mahal-mahal.
so trial and error dalam 10 kali dah okay dah my creampuff..
whatsapp 0172092644 untuk join kelas.